Mat Pukau is at large!

Huargh.. I can't tell you how many times I sat to create a post and got distracted today.
(baruk bangun tido sebenarnya... lom betol gilak utak tok... Ada angol2 kit..).But i've got something to write on, and happy reading to all.

Aku mintak maaplah kalau y'all tak paham bahasa apa yang aku gunakan dalam blog ni. Kalau boleh, aku nak cakap/tulis dalam bahasa Uganda ataupun Tagalog timur, tapi aku sendiri yang tak paham apa yang aku cakap nanti, so aku pun tulisla dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Melayu Sarawak.

Okay, y'all penah tak dengar citer hal Mat Pukau yang sedang berkeliaran di kota KL sekarang ini? Yelah, kalau y'all ada tengok news or baca newspaper, kebelakangan ni selalu keluar berita Mat Arab pukau sana pukau sini. Tapi yang aku nak share ngan y'all ni takde kait mengait dengan Mat Arab tu..kejadian yang berlaku di hadapan mata dan kepala aku sendiri tempoh hari.

Masa tu, aku baru balik keje dan tengah bejalan ke klcc, nak ambik train kat sana. Suddenly aku terjumpa seorang mamat ni yang berambut panjang ala band "rock kapak nak pegi buat konsert" sedang mundar mandir kat depan. Mulanya aku buat-buat tak tau je sebab aku nampak dia pandang tepat pada direction aku yang tengah berjalan dan aku pun sangkakan maybe mamat rock tu akan masuk ke dalam 'zone' aku, tapi jangkaan tu meleset sama sekali.

Rupanya si mamat rock tu dah set target awal-awal lagi iaitu sorang Mat Salleh yang tengah syok ambik gambar kat belakang aku. (Oooo...dia target yang lagi loaded rupanya..ceh!) Aku rasa si mamat nampak aku ni macam jenis yang tak berduit sangat kot, so dia target omputeh tuu..hahahahahaha sekati jak aku..

Pastu aku nampak si mamat tu menghampiri dan menegurnya, sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam pocket seluar dan mengalih perhatian si Mat Salleh pada benda yang dipegangnya itu. Aku pun stop jap dan terus khusyuk memerhati. Oh!! Jam rupanya!! Otak aku dengan pantas menganalisa setiap pergerakan mamat tu dengan mengaitkannya dengan kejadian ugut/pukau yang aku pernah alami sendiri bersama Hafiz Yem (former BFF aku) di perhentian bas pudu pada tahun 2003 dulu. Masa tu aku baru lepas habis SPM. Nanti aku cerita dengan detail k.

Modus-operandi mamat tu memang sebijik dengan apa yang kitorang pernah hadapi dulu. Aku pun apa lagi, terus capai phone dan tangkap gambar la. Kalau y'all tak pecaye, inilah watak-watak sebenar yang aku tengah ceritakan. Sahih dan clear ----->

Untuk makluman y'all, (dari pengalaman sendiri dan pengetahuan aku) Taktik a.k.a modus operandi yang digunakan Mat-mat Pukau seperti ini ialah:

- Berlegar-legar atau mundar-mandir di segenap kawasan.
- Menghisap rokok dan menghampiri anda tanpa sebab.
- Tiba-tiba mengeluarkan jam yang dibungkus dengan kain putih
- Memandang tepat ke dalam mata anda.
- Tidak bercakap banyak, cuma " Brader, gua jual jam ni murah sama lu..nak tak?"
- Menghembuskan asap rokok ke arah anda.


So, agak pelik bagi aku bila melihat si mamat ni menghampiri omputeh tersebut dan menayangkan jam kepadanya sedangkan si omputeh itu sedang seronok mengambil gambar. Takkan la nak jual jam kot? (setakat yang aku tau, there's no salesman yang pakai seluar jeans ketat, dan berambut panjang. Sedangkan "con-men salesman" pun pakai tie! pastu tipu orang!) Tapi si mamat ni lain sikit gayanya. Takkan la dia nak tanya direction ngan omputeh tu, padahal nampak sangat macam orang local. Takkan la dia sesat pulak. Memang terer diorang ni carik makan.

Sebab itulah aku dapat tau yang mamat ni rupanya salah seorang dari Mat Pukau yang masih aktif memukau dan menipu orang ramai. Seperti kes aku dulu, time tu nak naik bas ke Kerteh, Terengganu, tiba-tiba ada sorang mamat yang berpakaian comot approach aku dan menawarkan jam Rolex tiruan yang berharga RM100! WTF? Aku tau dia nak 'paw', so aku taknak beli dan cuba untuk tidak menghiraukan mamat tu, tapi akhirnya terhidu asap rokok yang dihembusnya ke arah aku. Dengan tak semena-mena aku menghulurkan duit yang ada dalam wallet yang berjumlah RM15, dan di top-up pulak oleh si Hafiz (yang turut terpukau)dengan duit not RM10 beliau. (Nasib baik kitorang tak bawak duit banyak!) Akibatnya, kami berdua kelaparan di sepanjang perjalanan ke Kerteh kerana dah tak berduit langsung, dan si mamat tadi untung RM25 hasil dari taktiknya memukau kami. (Cisss...pas kitorang sampai kat kerteh, baru dapat cucuk ATM!Lapar nak mampus dah..)

Kesimpulannya, y'all kena berhati-hati bila berjalan sorang-sorang pas ni. Manalah tau korang pula yang di target oleh Mat-mat Pukau nanti. Aku dah menyampaikan peringatan ini secara detail, tapi kalau korang kena pukau jugak aku tak boleh nak kata apa...Sendiri mau ingat la brader!!

Have a good day!!

0 struck a chord: