Politic Lunatic

What have I been up to today?

I went to my workplace as usual, naik lrt, then 5 minit bejalan kaki pegi ofis kat seberang klcc, and while i was walking to my office, i managed to capture a 'good' shot of my office building, which includes a "Blue party flag" in front of it, and much more at the other side as well. Macam biasalah, perang bendera dah bermula di seantero tanahair. Tak kiralah area mana pun y'all pegi, confirm ada bendera, dalam pelbagai bentuk dan warna dan aku tak dapat nak sebut nama PARTI-PARTI yang menyemakkan jalan-jalan dan bangunan-bangunan di sekitar ofis aku ketika ini. (Ini bukan blog politik.)

Actually, aku tak berapa rajin sangat hal politik-politik ni.. sebab bagi aku apa yang paling penting ialah aku masih mampu menyara diri sendiri, kumpul duit, makan minum dan bernafas seperti biasa.

Y'all know, tak pernah sekalipun terdetik di hati aku nak jadi menteri ke, wakil rakyat ke, ketua kaum ke, ataupun penghulu kampung sebab aku memang dari dulu lagi dah bertekad nak menyumbang jasa pada negara dengan berkhidmat dalam organisasi swasta. Lagipun aku masih ingat pesan Nabi S.A.W yang lebih kurang bermaksud, "Pimpinlah dirimu sendiri sebelum kamu memimpin orang lain". Itupun sebab dulu aku ni budak sekolah agama, so banyak jugak ilmu-ilmu yang terpahat kukuh di dada. ( Tapi masih juak molah dosa sik abis-abis..aduh aduh..bila gik aku nak betobat tok..) That's why aku rasa aku belom mampu memimpin diri sendiri so paham-pahamlah ye.. Kita kena ubah diri kita sendiri dahulu sebelum bercita-cita nak mengubah orang lain. Barulah orang respect kat kita. "Aku tak sempurna..dan aku sedang berusaha untuk mencapai kesempurnaan itu, walaupun aku takkan mampu mencapainya.." kata hati aku berfalsafah tek.. Hahaha. Gilalah.

Biarkan SEGELINTIR, (ingat!! Aku padah SEGELINTIR k.. bukan semua) pemimpin-pemimpin kita yang CORRUPT itu untuk pegang kuasa selama-lamanya. Aku yakin y'all pun kenal pada SEGELINTIR golongan pemimpin yang hanya mahukan pangkat dan kedudukan begini. Kat mana-mana pun ada. Biarkan mereka.. Aku just nak duduk diam dan harap they'll never disturb my life. I paid my income tax, aku tunaikan zakat, aku xda hutang and i so far, i think i've done my responsibilities really well as a Malaysian citizen.. (Cuma aku tak pegi mengundi je..malashhh..) Aku tak pernah kacau hidup sapa-sapa pun..so jangan kacau hidup aku. Aku masukkan benda ni dalam blog pun sebab aku penat berfikir hal politik. Dan inilah pemahaman politik aku yang agak cetek. Cukup "cetek" sehingga aku tak mampu mengulas topik MENGAPA anak-anak dan anak menantu ketua parti nasional serta parti pembangkang pun ikut bertanding dalam pilihanraya ke-21 kali ini. Suka hati diorang la nak buat apa pun. Yang penting, jangan cakap aku tak ambil tahu. Sebab aku rasa aku dah cukup matured untuk membahaskan topik politik pada usia ini.
( aku takla dungu sangat sampai tak tau langsung perihal politik negara.. hehehe tp lain kali la aku borak hal politik dengan detail k..baru y'all tau nanti..)

Alhamdulillah, Malaysia is still in peace. Tak seperti nasib insan-insan di tempat lain yang hanya mampu " berpantang ajal sebelum maut", macam kat Palestin, Iraq dan Darfur. Aku just mampu doakan diorang selamat menempuh hidup. Kesian kan. Kita tiada kuasa hebat (mcm Superman) untuk ubah keadaan dunia. And i've tried to write a song about this a long time ago,(time kesedaran dah timbul dulu) but it just don't feel right to me,( melodyline nya cam haprak jak..) and finally ended up as rubbish. But i'm still going to write something on this soon, and post it here. Just wait and see.PEACE, NO WAR. Sounds like a human rights activist didn't i..haha influenced by Mr.Bono of U2. You're great dude!

Nothing much for me today as i've been assigned to meet Ms. SeowPhik from Alliance Bank on a single purpose, updating her investment portfolio information, and i really wanna thank her for doing some networking for me. She already arranged me an appointment with one of her female colleague (another big potential client), and i'll see her next week to discuss some business matters. Sounds really really good to me..Big grin..

Have a good day. I'm A.D signing off here.

0 struck a chord: