Fuuuh ~_~
Mengikut kiraan saintifik dan jitu, aku baru sahaja berjaya menghabiskan Marlboro Intense yang ke-26 batang untok hari ini. Ya, aku merokok dengan hebat lagi. Kembali menjadi perokok tegar. Tindakan yang agak tolol bukan? Aku dapati dua biji mata ini maseh lagi segar dan langsung tiada tanda-tanda mengantuk walaupun jika diikutkan, aku memang penat gila gaban hari ini. Mungkin effect dari Marlboro Intense tersebut. Rokok setan kata sahabatku. Well, memang 'taste' nya agak keras sedikit. Heavy.
Ya, KERAS. Namun bagi aku biasa2 saja jika dibandingkan dgn beban yang berselirat di dlm otakku di kala ini. Gambarannya seperti wayar-wayar yang berserabut dalam CPU komputer kat opis aku. Brader technician yang disuruh utk betulkan dan update komputer belum juga muncul walaupun bos aku dah mengamuk last week. Beliau memang degil. Mungkin kerana bos aku belum lagi berkesempatan untuk menghayun keyboard komputer ke muka beliau. Segala proses di ofis menjadi lembab sbb PC2 suma lembab..Bila segalanya lembab, aku juga turut melembabkan diri... Tapi bos aku masih seperti biasa, sentiasa panas!
Kembali kepada realiti. Pukul 330 pagi nanti aku bersama teman2 serumah, Bro Shaz, Zeem dan Im, akan turun ke kedai mamak kat bawah untuk menonton UEFA match. Budak2 ni suma sokong Real Madrid cuma aku saja parti lawan, Liverpool. Sebenarnya, all of us kene bangun awal pagi besok utk pg ofis, tapi disebabkan kesungguhan menonton bola yang begitu memuncak...so semua buat2 okay sahaja. Siap bekal rokok lagi...Hoho!
Lagi satu, aku mendapati bahawa handset aku cuma menerima 6 panggilan, dan 4 sms secara overall untuk hari ini. Yang rajin call aku sejak pagi tadi pun cuma si Zara. Tapi asyik bertanyakan perihal kerja. Si Fion pula lain ceritanya. Ajak aku pegi majlis kahwin member dia hujung minggu ini. Dan baki panggilan seterusnya adalah dari sahabat juga housemate aku yang agak gila-gila unta ataupun senak-senak tapir sebab masih tak bayar lagi sewa rumah bulan ini. Mungkin beliau dah stress di tengah-tengah bulan sebegini. Namun begitu, pada bulan lepas, beliau mampu sponsor girlfriend beliau membeli sebuah Iphone baru. Siap tunjuk2 lagi depan aku, mentang-mentangla aku hanya pakai telefon biasa2 sahaja. Tapi malangnya, beliau mengalami sindrom senak-senak tapir di kala ini sbb dah kena sound ngan tuan rumah kitorang. Pedih dan sadis kan?....
Arakian, begitulah sahaja update aku untok hari ini. Semoga aku dapat melelapkan mata sebentar sebelum turun menonton perlawanan bola sekejap lagi. Aku sedar bahawa aku telah menggunakan bahasa "melayu baku kacukan" kali ini, dan mungkin tidak begitu sedap kedengaran tatkala anda membaca coretan ini. Sungguhpun begitu, aku menganggap ianya agak klasikal dan unik. Mungkin entri-entri selepas ini, aku akan teruskan menulis dalam gaya begini. Sekian. Terima kasih kerana membaca. Anda sedar betapa "skema" nya penulisan aku kali ini? Sekian dan terima kasih sekali lagi...
Halal Haram Insurans
5 days ago





0 struck a chord:
Post a Comment